Monday, March 29, 2010

X_X

JANGAN PERMAINKAN PERASAAN SAYA..
JANGAN BODOHKAN SAYA..
JANGAN LUKAI SAYA..
JANGAN BUAT SAYA TERSENTUH..
JANGAN MERANGSANG TANGISAN SAYA..
JANGAN JADIKAN SAYA SPT ANDA TIDAK MENGENALI SAYA..

Sunday, March 21, 2010

hari YG paling BAHAGIA

malu la nk ckp...tp nk cakap gak...anak mustapa kamal dan pasangannya Noridah MENANG tmpt ke 20 marathon....uhuhuhuhu....ni membuktikan size badan tidak mempengaruhi larian..ahahahha
the first person i called was my mum..mak adik menang. menang ape?marathon la..kuat ko lari diq...tu la antara dialog btw daugther n mother.u shud b proud..uhuhu.
then 4 d first tyme in my life at khar i got medal.syabas juga pd 3org kwnku..ayu,cop n piqa sbb berjy abiskn larian wpon plan kami nk lari 1km je n then cabut g mkn kat al-bayan.
piqa ms wat stretching mmg lucu gler..cute aww dy lari.. ayu lak ehehheheheh kaki dh berdengkot2. cop je steady...blagak steady tu ak xtau la.
ktrg ngade2 nk msk marathon ni pon bkn nk menang,juz nk sticker n sijil...tp ble dh lari tu hatiku nk abiskn cpt larian,dh xlarat.mmg tired gler. kaki ak mmg nk cabut..kepala nk tertanggal. hanya ALLAH je la tau betapa nyawa ak mcm nyawa2 ikan ms tu...
dan yg plg bahagia g dpt hadiah dr MY BFF.uhuhuh wpon lmbt 1bln tp aku suke hadiah tu..uhuhuhu..sy sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..i luv u dell

sekarang aku ngah jln terkangkang sbb kakiku amat skt..uhuhu..PADAN MUKE.
sape nk tlg urut????


Sunday, March 14, 2010

haru biru


ESK de test advance cal...pengajaran buatmu maisarah..study awal skt bkn last min. tgk sekarang dh jd mcm mne...
.
.
.
.


bkn slh ibu mengandung aw...
tku xbc g.adoooiii
.
.
.

dh minum nescafe pon blh tido 2jam lg tu..hebat btl..emas buatmu
.
.
.




alamat esk ak jwb test mcm...
.
.
.
.


Friday, March 12, 2010

taken frm muslimah blog

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A


maisarah sggh jauh dan xmampu lg...HOPEFULLY my heart will open to it.Mak ayah doakn adik jd ank yg solehah kpd kedua2mu..

Tuesday, March 9, 2010

u make me cry T_T

video
THANX to my housemate sbb dr dy la ak tau cter sal adik connie ni..
She only 6 when joined this prgrmm..But her voice like an angel, juz to describe how beautiful
her voice is. wif her nice smile everyone will her..

which one suit wif u..?

make up cant b apart from girlz..they wanna look more prettier, sweet like a doll, gorgeous like me..ahahahha..so choose the suit makeup syle that u think it in wif u





kadang2 ada yg terover bermakeup..kening dgn warna coklat yg tebal.bedak tebal seinci.. mayb bg mereka itu la kecantikan..












MATA lambang keseksian girlz out there..so girlY..try these style when u wanna hangout wif ur friends or mayb hv a date wif ur bf..



BUT sometime less is better...





Sunday, March 7, 2010

KUIZ alam SEKITAR

tinggal beberapa jam dan saat lg ak,piqa,ayu dan su akn berani mati msk kuiz alam sekitar.. ntah ape soklan yg bakal diajukan. Sape name MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR..
errrrrerrmmmmm...(nada org msk pertandingan)
tootttttt..(bunyi alat yg sape tekan dl dy jwb)
Dato' DOUGHLAS UGGAH EMBAS...
BETUL....
AHAHAHHAHAHA
kalau lah tu soklan dy mmg confirm group ak menang...ahahahhaha
tp klo soklan melalut bab general knwledge mmg hancus r tuk ak..
xpe la asal dpt msk aktiviti klj..lbh BAIK ada drpd xde lgsg..

cayok2 group NATURAL BEAUTY....

Saturday, March 6, 2010

must have




after gettin my mum permission
yeaahhhh nicole, MNG juz wait for me
i'll catch yol


Hidup perutku!



perotku berbunyi menyanyi shanananana.....
.
.
.
.
.
.
.
dh lama aku xmkn kfc, so SAYA mahu KFC.






Thursday, March 4, 2010

kawan

kawan..
tanpamu pijakan aku di dunia ini tidak disedari
kelibatku tidak diendah
sapaanku tidak berbalas
hanya kerna aku seorang tidak pandai berkata

kawan..
kehadiranmu bagai bidadari
memberi kehidupan mekar dalam diariku
gelak tawaku, tangisanku
hanya engkau yang sudi mendengarnya.

kawan

andai suatu hari nanti
aku tiada lagi di bumi Allah ini
jangan engkau melupai aku
sedekahkan la Al Fatihah buatku
sudah cukup buatku di sana.

kawan
andai aku pernah menyakitimu
andai aku pernah membuat kau menangis
andai aku pernah mengunci bibirmu
sanggupkah kau memaafkan kekhilafanku
kerna aku insan yang amat menyayangimu..

nukilan maisarah.

from the holy heart...karya maizan

Maisarah Mustapa dan Suhaida Abd Khalid
this is another piece of crap from me
sori menyambung sajak kamu dua
since x leh lupa giler apa jadi pagi tadi
try soo hard to forget still x leh gak


Seraut wajah itu
Hanyut dimamah usia
Menjadi bukti segala penat lelahnya
Mencurah ilmu tanpa mengenal masa
Namun masih setia kaki lesunya berdiri
Menabur bakti untuk ibu pertiwi

Seraut wajah itu
Lesu melihat kebodohan anak anak muda
Ke mana menghilang budi pekerti mereka
Ke mana menghilang sikap bitara mereka


Seraut wajah itu
Bosan menghadapi kepincangan pemimpin
Mengejar duniawi lebih daripada syurgawi
Mementingkan diri daripada sepatutnya
Ibarat “Kera di hutan disusukan
Anak-anak di kampus mati kelaparan”
Masa berlalu terbazir begitu sahaja

Seraut wajah itu
Bagaimanakah harus aku menghadapinya
Pabila wajah itu tidak mampu aku tatapi
Pabila perasaan bersalah menyelubungi diri
Ampunkan kami wahai guru
Andai kami mengerti perasaanmu
Andai kami berada di tempatmu
Di masa akan datang kami akan tetap bersamamu

Namun,
Seraut wajah itu masih berbakti
Masih teguh menyampaikan isi hati
Biarpun berasa amat letih dan lesu
Kerana seraut wajah itu
Mencari keredhaan ilmu

Atas segala apa yang berlaku
Anak didikmu ikhlas menjerit dari hati
Memohon ampun darimu
Agar kau halalkan segala ilmu yang diberi

no title

sue cinderella: mula2 i ingt u guru tua tuh
sue cinderella: bila dh bc bru i phm
sue cinderella: hebat la u..
mia_sakura89: ngekk
mia_sakura89: rs sedih ak msh de
sue cinderella: hu3..ak pn sedey tp xreti la nk bersajak2 nih
sue cinderella: hehehehhehee
sue cinderella: terasa doh..
mia_sakura89: wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
sue cinderella: jgn la sera bersedey...jika sera bersedey...sy juga akn bersedey
mia_sakura89: cehh
sue cinderella: bersedey la sera jika mau saya bersedey
sue cinderella: ahhahahahhaa
sue cinderella: jika sera mahu bersenyum.
sue cinderella: senang je!!
mia_sakura89: blh wat sajak tu
sue cinderella: hahhahhaa
sue cinderella: smbngan...apakah caranya??
mia_sakura89: runtuhan hatimu
mia_sakura89: tatkala kamu bersedih
mia_sakura89: meruntun jiwaku
mia_sakura89: andaikau tahu
mia_sakura89: ku juga mengerti perasaan mu
mia_sakura89: jika ikutkn bicara hatiku
sue cinderella: ahhahahahhaahaa...smbgun yg mantap
mia_sakura89: akan ku bw perahu kesedihan ini
mia_sakura89: hanyut bersama gelombang lautan
sue cinderella: ak nk copy paste la
sue cinderella: msuk blog
sue cinderella: hahahahahhahahahhahahaaa
mia_sakura89: cisss
mia_sakura89: meniru karyaku

tyme2 ym sempat gak b'karya..hebat la maisarah!!!!

Bisikan Hati Seorang Guru Tua


Di menara gading ini seorang guru tua

mengharungi kepahitan terus-menerus

tetapi bagi sekian lama pengorbanannya

berdiri megah, berbaris segak ala tentera anak-anaknya
bukan apa!

ilmu di dada cukup sekadar membantu mereka

mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta.


Di menara gading ini seorang guru tua

menatang wajah ke awan biru

mengharapkan bantuan anak-anak dia

pengharapan yang penuh di dada

cuma seketika anak-anak guru tua terleka dan terlena

bantuan yang diharap-harapkan hanya lebur

hati yang gembira hilang seketika


Di manara gading ini seorang guru tua

meratapi rasa kepatahan hati

melihat ketempangan anak-anaknya

yang hanya suka melihat dari menghulur

hemburan sinis dilemparkan kepada mereka

walaupun halus guru tua bersuara

anak-anaknya dapat melihat hati guru tua itu

namun jauh disudut hati anak-anaknya itu

untuk membiarkan guru tua itu bersusah-susah

itu semua kerana

kekhilafan dan kejahilan anak-anaknya


Wahai guru tua,

maafkanlah kenakalan anak-anakmu

andai engkau berkecil hati

senyuman syurga akan hilang bersama

tangisan kegagalan anak-anakmu....


nukilan maisarah

Wednesday, March 3, 2010

padan muka kamu

tu la dlm agama Islam sndr de ckp b'sederhana dlm kehidupan..tp ak lupe tang tu.. disebabkan iman ni xberapa nk strong mcm CONCENTRATION HCl ak pon tido dgn penuh kelenaan wpon td de gangguan teknikal yg ak igtkn mimpi..ntah ape2 la ak ckp dlm call tu rsnye kot. besederhana yg ak mksdkn tu iaitu tido tu berpada-pada la maisrah oiii..ni x bolot 2 jam direct sekarang dh pening..padan muke ko!!!andai korg t'baca blog hampeh ni ak sekrang ak ngah mamai2 dan otakku diterbangi oleh bidadari.......................

Monday, March 1, 2010

harap dijauhi.. coz i luv u so much

emak,ibu,ummi,mummy insan yang sggp berani mati. kalau x mereka xkn sggp lahirkn kita. So marilah kita sayangi insan bergelar emak,ibu,ummi,mummy nie..hanya peringatan buat diriku yg serba kejahilan. to NORIDAH HJ DAUD
video

apabila rs benci membuak2

xtau la nape mggu ni ak cpt sgt rs nk benci kat org. xkira la sape org tu tp ble org tu dh buat bende yg ak benci gler so kebencian tu pergi dgn org tu skali.mgkn de org terasa hati ble aku bg comment sumthng like ***** kat **. ak xtujukn pd sape2.klo de yg terasa hati tu korg punye pasal la. hak ak nk luahkn pe yg de dlm hati gelora ak ni..slalu je ak b'dpn dgn org yg pandai gler bg nasihat tp diri sndr hancur mcm setan. de org pandai gler ckp itu xblh la ini xblh la tp penghujungnye dy gak yg buat..wtf..kata klo de ilmu tp xberamal dgn ilmunya tu manusia yg b'dosa bla22...mmg bg ak bgs jmp dgn sekian makhluk Tuhan ni tp diri tu kenala btl sblm bg nsht kat org jahil mcm ak ni. barula ak ikt nsht tu..ni x sama je tanduk dgn ak.jgn jg tepi kain org suda r..jg je hal ko dgn makwe kesygn ko tu..mulut ko pon mcm sial de hati nk ckp ak.cermin diri la mamat tu..